Resepi Kolagen

RESEPI Lai Chi Kang Rumpai Laut (KOLAGEN ASLI)











Bahan-bahannya:-

15 biji kurma china

15 biji longan kering

15 biji kacang teratai (lotus) (rendam)

15 gram gula batu

10 gram gula merah

5 gram snow fungus

1 litter air

35 gm rumpai laut (belum rendam)


Bahan-bahan nya Rumpai laut, fungus, manisan kundur,
kismis, biji teratai, kurma china, gula merah dan longan kering
Cara-caranya :-

1) Cuci dan rendam rumpai laut semalaman. Ia akan kembang seperti gambar diatas.

2) Potong rumpai laut kecil-kecil.. lebih kurang 1 inci

3) Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukan bahan diatas (kecuali rumpai laut) selama 1/2 jam.

4) Matikan api dan biar air menjadi suam sedikit baru di masukan rumpai laut yang dipotong kecil.

5) Sedia diminum semasa suam atau pun sejuk..



************************************************************************

Resepi Dadih Kolagen Untuk Kulit Gebu Gebas

Salam...
Korang pernah makan kolagen rumpai laut tak? Izan dah lama amalkan. Siapa yang ada masalah kulit macam jerawat, kudis, gatal, luka kemalangan, orang-orang tua yang nak pulihkan tenaga sangat disarankan amik kolagen ni. Korang boleh makan kolagen ni dalam pelbagai cara. Maca Izan biasanya campur dalam minuman seperti sirap, orange, sirap bandung dan terbaru Izan buat dadih... Hmm... rasa dia sedap! seakan dadih biasa tu. Malah yang ni lagi berkhasiat... Siapa nak awet muda trylah... pasti tak mengecewakan... hehe... yang kat bawah ni Izan buat perisa stoberi... yummy!


sedappp sangatt...  Izan dah boring campur collagen dgn air sirap dan oren... senang jer buat dia. Ni Izan nak bagi resepi. Take note yer kawan-kawan! sorry gambar kurang mengancam. Ni pun nasib baik ada...hahaha...
Mula-mula korang sediakan 50gm kolagen, 1 cawan gula, 1 kotak (1 liter) susu... suka hati korang nak letak susu apa atau perisa apa... janji sodap di anak tekak korang! yang Izan tunjuk kat bawah ni kolagen yang dah siap rebus sebelum ni. Takde orang nak perabih dan dah muak makan kolagen campur air tu yang Izan buat dadih ni...
Pastu masak kolagen rumpai laut dalam periuk sampai hancur kolagen tu yer. *Yer! saya tahu periuk saya tak cantik. Abaikan semua tu sebab kita nak makan dadihnya sahaja bukan periuk.. :p*
Masukkan gula kacau sampai hancur. Izan terlupa nak amik gambar step tersebut. Kemudian masukkan sekotak susu. Kacau lagi sampai menggelegak. Korang jangan tinggalkan periuk tu keseorangan tau takut pulak dia muntah melimpah. jenuh pulak korang nak bersihkan dapur...muahaha... Kacau sentiasa. Selagi tak menggelegak selagi itu korang kacauuu jer... pastu baru boleh tutup api.
Biar sejuk sikit bolehlah masuk dalam bekas yang sesuai. Izan masukkan dalam 1 bekas besar. Mak pemalas memang macam ni. Korang jangan ikut tau. Ikut contoh yang baik-baik sahaja...ekeke...
Masuk dalam bekas kecik macam ni sedap sikit mata memandangkan... nak makan pun senang.
Bila dah siap beginilah rupa dia... tunggu dah sejuk masukkan dalam fridge.


Haa...! kan nampak sedap tuu...walahhh! *erkk...ker aku jer yang nampak sedap..*
Izan gigih sangat makan kolagen rumpai laut sebab banyak sangat khasiat dia. antarannya ialah... pengambilan kolagen rumpai secara teratur dan berterusan memberi kesan yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit muka mengecil dan nampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu mengandung, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.
Kalau korang nak kesan cepat elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita. Nak kesan lagi cepat kena amik bersama pil vitamin C.
************************************************************************



KERABU RUMPAI LAUT

Rumpai laut secukupnya: direndam dengan air+tepung gandum+asam keping semalaman bg hilangkan hanyirnya...

SAMBAL KERABU 



1/2 biji kelapa parut - dibuat kerisek
5 ulas bawang merah ] dihiris
3 ulas bawang putih ] dihiris
lada hitam ditumbuk
2 ekor ikan kembong. dibakar dan diambil isinya
2 batang serai ] dihiris
garam
gula

Caranya:
>>Kelapa parut + bawang merah + bawang putih + serai digoreng tanpa minyak - dibuat kerisik.(ditumbuk/diblend)
>> Campurkan dengan garam, gula, isi ikan + lada hitam yang ditumbuk. Siap.

AIR CILI

>>Cili api + Cili merah + bawang putih ditumbuk kasar.
>>Campurkan dengan cuka dan sedikit air + garam.+ gula

KUAH TUMIS
>> Halia + cili kering + bawang putih + bawang merah + serai + santan pekat + serbuk kunyit+ garam + asam keping dimasak sehingga naik minyak dan pekat.

Penyedap rasa:
>>Budu+cili api+air limau nipis..

Campurkan kesemua sekali dan gaul sebati.





********************************************************************





Sup Rumpai Laut


Rumpai laut atau  nama glamournya...Dry seaweed......Biasanya kalau melihat cerita bersiri Korea, sup rumpai laut nie sesuai dimakan oleh mereka yang lepas berpantang. Dalam keluarga TinTa, Aiman yang suka makan sup rumpai laut nie, dia panggil sup nie, Sayur hitam.Mungkin semasa kecil dia dijaga oleh neneknya, tulah sebab anak saya nie mengikut selera neneknya suka mkn sup dan sayur.



BAHAN-BAHAN


air secukupnya

RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan

6 ulas bawang putih ditumbuk

4 ulas bawang putih diketuk

1 biji bawang besar(biar camtu je)

kiub ayam

sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)

telur dua biji

sedikit halia diketuk

Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)

bawang putih dan merah goreng(optional)

Daun Sup

sedikit batang celery dihiris

sedikit minyak masak utk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA


    Tumiskan bawang  bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau

    masukkan sedikit halia.

    masukkan isi ayam

    bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur

    Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar

    bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut

    Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...

    (saya tak guna daun sup hari tu)....abis stok...


*****************************************************************


 Cencaru Rumpai Laut

Bahan-bahan :

2 ekor ikan cencaru besar
Serbuk kunyit
Garam
3 sudu besar cili kisar
10 gm rumpai laut (direndam)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
Ikan bilis (ditumbuk)
Daun pandan

Cara masak:

Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.

Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.

Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.


*****************************************************







PUDING Pure Maren Collagen

Oleh : ItaComey

Bahan - bahannya :-

2 gelas jeli rumpai laut (Kalau nak guna rumpai yg belum masak...sukatannya 1/2 gelas ya)

6 camca susu tepung

 *Kalau x nak guna susu tepung, boleh jer guna susu penuh krim - 4 gelas

4 gelas air kosong

1/2 gelas gula

1 sudu kecil vanila

1 sudu kecil perisa (perisa apa2 jer boleh KECUALI kopi / teh / berkarbonat )

Sedikit pewarna mengikut perisa

Boleh juga klau nk letak buah koktail kt dlm puding ni...

Caranya: -
1. Susu tepung + air dicampurkan dan masak atas api sederhana hingga mendidih

2. Masukkan jeli rumpai laut dan biarkan ia masak sehingga menjadi pekat sedikit.

3. Masukkan gula + vanila + perisa dan pewarna. (Tapi kalau nak wat banyak2 

perisa...campur perisa + pewarna dalam bekas asing setelah dah masak)

4. Bila dah masak, tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk

5. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh lah di makan.

Selamat mencuba! 


******************************




jom minum soya + pure marine collagen kat dalam tu

sedap,berkhasiat jom try!!



*****************************


Air buah Cocktail Seaweed



Bahan-bahan

• 100 gram rumpai laut yang telah siap direndam, dibilas , toskan 3-4 kali

• 1 tin buahan campuran

• air sejuk

• ais



Cara-caranya

1. potong kecil-kecil rumpai laut tersebut

2.Masukkan 1 tin buah campuran dan rumpai laut yang telah dipotong kecil-kecil tadi dan air ke dalam mangkuk yg disediakan

3. gaulkan

4. untuk lebih sedap tambah kan ais
*******************************************************************
 

No comments:

Post a Comment