Info Tambahan

TIPS KECANTIKAN





INGAT!!!
JANGAN DIBUANG AIR RENDAMAN SEMALAMAN
PURE MARINE COLLAGEN @  RUMPAI LAUT 
KERANA BANYAK MANFAATNYA.

KEGUNAAN AIR PURE MARINE COLLAGEN


Banyak kegunaaan PURE MARINE COLLAGEN @ RUMPAI LAUT ini , antaranya 
air PURE MARINE COLLAGEN  yang semalaman direndam  boleh di buat masker muka,
 masker kaki , masker tangan ataupun masker kepala. MASKER KEPALA?.
MASKER KAKI????????????..........MASKER TANGAN ??..nanti 
saya terangkan satu persatu.....


 HILANGKAN REKAHAN DI TUMIT


CARA - CARANYA : -

1) Ambil air PMC yang di toskan

2) Letak di dalam besen atau baldi

3) Rendam kan kaki anda sambil santai

4) 5 minit rendam pun dah nampak kesanya

5) Nak rendam lama-lama pun boleh









KESANNYA PENGUNAANYA : -

  • Kesan sekali cuba - kulit tumit halus je rasa...
  • Kesan sekali cuba - kulit tumit yang merekah berkurangan
  • 3 hari guna - rekahan berkurangan
  • 7 hari guna - rekahan hilang serta halus kulit kaki macam ala- ala pergi SPA
  • Kuku kaki bersih dan cantik seakan-akan pergi manicure dan pendicure




KULIT HALUS SEAKAN-AKAN BERLULUR ATAU KE SPA




CARA - CARANYA : -

  1. Ambil air PMC yang di toskan
  2.  Sapu di tangan , lengan , kaki dan di tempat yang diinginkan ( seakan- akan sapu lotion )
  3.  Biarkan kering selama 5 minit
  4.  Bilas dan lihatlah hasilnya......halus je rasa.....





Kesan penggunaan : -

  • Penggunaan sekali memberikan kesan serta merta halus dan rasa tegang je kulit
  • Penggunaan berterusan membuatkan kulit semakin halus seperti bayi , putih cerah,                            tegang ( kesan dari Collagen yang ada daripada PURE MARINE COLLAGEN )





 RAMBUT HALUS, SUBUR








Cara - caranya : - 

  1. Sama seperti buat masker lain , ambil air yang ditoskan
  2. Sapu je kat atas kepala atau rambut
  3. Tunggu ia kering dan bilas
  4. Nak pakai lama-lama pun boleh






Kesan penggunaan : -

  • Kulit kepala bersih dari kelimumur dan gatal-gatal
  • Botak , penggunaan berterusan insyaallah tumbuh rambut
  • Rambut halus je dan subur





"SELAMAT MENCUBA"

  *************************************************************************

 

 

.

  PURE MARIN COLLAGEN IS MORE EFFECTIVE AND SAFETY THAN SKII

 

 

 **************************************************************************

Khasiat- khasiat rumpai laut

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yang telah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.


Alginate dalam rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Rumpai laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.


Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.



****************************************************************************













********************************************************************






***************************************************************************







 ***************************************************************************







*************************************************************************


  • Maklumat Rumpai laut

    Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.


    Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbat

     
 **********************************************************************

Projek Penanaman Rumpai Laut.
Daerah Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di Malaysia.
Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna.
Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Jesteru Daerah Semporna dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut pada tahun 2010.
Rumpai laut merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari rumpai laut adalah 'carrageenan'. Inilah bahan yang menjadi penstabil makanan dan kosmetik. Snek rumpai-laut merupakan makanan yang lazat, berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin, fosforus, kalsium, zat besi dan vitamin. Selain itu terdapat juga makanan tempatan yang berasaskan rumpai laut seperti 'acar rumpai laut' dan ' isi udang rumpai laut' yang mudah dinikmati di restoran-restoran tempatan.
Anda boleh melihat sendiri kawasan penanaman rumpai laut di perairan Semporna. Kebanyakkan pengendali pelancongan ada menyediakan pakej lawatan di ladang-ladang ini. Sebagai alternatif, jika anda berjalan melawat sekitar pasar ikan Semporna, anda mungkin terjumpa rumpai laut yang dijual oleh orang-orang tempatan.
Projek penanaman rumpai laut merupakan usaha yang berimpak tinggi, lumayan dan meningkatkan ekonomi penduduk Semporna. Banyak pihak dari dalam dan luar negeri melabur dalam industri ini. Apa yang kurang hanyalah kilang memproses rumpai laut yang setakat ini hanya ada 2 buah sahaja di Semporna. Kedua-dua kilang ini hanya memproses secara asas terhadap bahan mentah tadi. Tiada satupun kilang yang benar-benar wujud untuk memproses rumpai laut menjadi produk akhir, produk katalis atau produk makanan komersil di Semporna. Memandangkan potensi dan permintaan tinggi dari negara Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan China, maka pihak berkuasa tempatan Semporna sangat mengalu-alukan bakal pelabur untuk menjayakan industri ini supaya target pengeluaran yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 berjaya.


*******************************************************************


RUMPAI LAUT MELEGAKAN ALAHAN

Diganggu oleh alahan? Ambil lautan sayur-sayuran rumpai laut menyediakan bantuan alahan!

Alahan. Kepada orang ramai, ini adalah perkataan ditakuti. Sebaik sahaja seseorang menyebut alahan, unflattering imej yang datang ke fikiran - hidung berair, sesuai bersin, mata berair dan bengkak, bunyi berdehit (sama ada asma atau tidak), dan gatal-gatal seluruh.

Alahan adalah kejadian yang biasa berlaku yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Dan tidak ada dua alahan adalah sama. Sesetengah daripada kita adalah alah kepada debunga dari bunga, rumput, dan pokok-pokok. Terdapat beberapa orang yang alah kepada hama habuk, dan bulu haiwan, manakala yang lain adalah alah kepada sesetengah makanan.

Apa yang mencetuskan alahan?

Alergen (zarah) dalam udara, apabila dihidu atau dimakan, berinteraksi dengan sistem imun badan kita yang menyebabkan reaksi alergi. Dan apabila alahan menyerang, kita biasanya beralih kepada ubat.

Tetapi ada yang lebih baik, penyelesaian yang lebih mudah - menguatkan sistem imun anda!

Bagaimana? Ia tidak boleh dikatakan cukup sering. Mula dengan mendapatkan dos harian anda sayur-sayuran yang menakjubkan dari laut. Rumpai Laut menyediakan melegakan alahan. Sayur-sayuran laut atau rumpai laut, adalah kaya dengan fitonutrien - antioksida memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem imun yang sihat.

Dinikmati oleh nenek moyang kita sebagai makanan kesihatan selama berabad-abad, sayur-sayuran laut mengandungi sejumlah besar vitamin penting, mineral, dan asid amino, yang telah terbukti anti-alergi dan anti-radang. Buat sayur-sayuran laut sekutu semulajadi anda terhadap alahan menjengkelkan, dan mendapat sistem imun yang sihat dalam proses.

Sumber dipetik daripada : http://www.oceanvegetables.com/seawe...gy-relief.html
Reply With Quote


**************************************************



MAMPUKAH PURE MARINE KOLAGEN/KOLAGEN ASLI MENURUNKAN BERAT BADAN


Gambarajah diatas menyatakan bahawa pengambilan PURE MARINE COLLAGEN adalah 5 bintang berbanding 1 1/2 bintang untuk peratus kenaikan berat badan. Ini kerana PURE MARINE COLLAGEN bertindak sebagai fiber dan protein , dimana anda akan rasa kenyang selepas pengambilan bahan tersebut.
Bagi yang takut mengalami GASTRIK selepas makan PURE MARINE COLLAGEN , jagan risau dan jangan takut sebab PURE MARINE COLLAGEN juga bertindak sebagi pelapik dalam perut anda dan memperbaiki lapisan-lapisan dalam perut anda . Maka dengan ini , PURE MARINE COLLAGEN bukan sahaja mampu menurunkan berat badan anda malahan ia menghindarkan anda daripada mengalami GASTRIK.

Sumber : http://nutritiondata.self.com/fa ... ble-products/2615/2







**********************************************************************






ANTARA FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PURE MARINE COLLAGEN @ RUMPAI LAUT : -


1.Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
2.Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3.Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4.Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5.Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6.Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui bahan buangan dari badan.
7.Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8.Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9.Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Namun kejadian ini amat jarang berlaku tapi sekiranya ada tanda-tanda sakit perut, batuk, cirit - birit dan demam anda disyorkan minum segelas susu supaya dapat melegakan proses penghadaman dalam badan.
  


 **************************************************



KELEBIHAN WARNA UNGU
 


GRED AAA WARNA UNGU MERUPAKAN ANTARA PILIHAN UTAMA MASYARAKAT CINA SEJAK SEKIAN LAMANYA DALAM PENYEDIAAN JUADAH SEPERTI SUP.

IA MEMILIKI KANDUNGAN KHASIAT YANG AMAT TINGGI BERBANDING DENGAN RUMPAI GRED AA DAN A… IA TERLEBIH DAHULU DITERNAK DI NEGARA JEPUN SEBAGAI MAKANAN RUJI KAUM PENDUDUK DI SANA…..


TAHUKAH ANDA?


KHASIAT RUMPAI UNGU INI ADALAH SETANDING DENGAN ALGA SPIRULINA DAN CENDAWAN GANODERMA…. MEMILIKI KHASIAT SEPERTI SAYURAN BAYAM, KUBIS,TERUNG,ANGGUR…. PERSIS DENGAN PROTIN DAN KOLAGEN IKAN MERIN, WALIT, DAN SOYA…. MAKA…. SETIAP KEPERLUAN TUBUH BADAN KITA..BOLEH DIPENUHI OLEH TUMBUHAN INI…. AJAIB BUKAN…

WARNA MEMANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM SESUATU PERKARA.

* WARNA CERAH BERMAKSUD KUALITI DAN JUMLAH GIZI BERADA PADA TAHAP SEDERHANA SERTA TINGGI KANDUNGAN AIR
* WARNA GELAP SEPERTI UNGU MEMILIKI POTENSI TINGGI DALAM DUNIA PERUBATAN DAN KOSMETIK. MELANIN WARNANYA DISELAPUTI SEJUMLAH BESAR PROTIN, VITAMIN DAN ZAT GALIAN YANG AMAT TINGGI SERTA KANDUNGAI AIR YANG BESAR.

KAJIAN TERPERINCI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH BANYAK PIHAK MENUNJUKKAN BAHAWA SAYUR SAYURAN YANG MEMPUNYAI WARNA TERANG SEPERTI JINGGA DAN UNGU ~ KUBIS UNGU, TERUNG,ANGGUR,BAWANG.TURNIP,KELADI DSB.. MEMILIKI KANDUNGAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN LEBIH TINGGI DARIPADA SAYUR SAYURAN BERWARNA HIJAU DAN PUTIH….

MEMILIKI KUASA ANTI PENUAAN DAN ANTIOKSIDA TERTINGGI DARIPADA SEMUA JENIS SAYURAN BERWARNA UNGU LAIN…



 *************************************************************************


 The Question is, Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Sanggup Beli Kolagen yang Mahal?
Well, kita semua tahu yang gegirl ni pesen nak nampak cantik dan mantap je setiap masa. Maklum la, bagi mereka kecantikan itu sumber keyakinan diri. Kalau nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles. Bila dah jeles tu, faham-faham la. Sure akan jadi drama ye tak? Sebab tu perempuan banyak drama. Haaa.

Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.


(Klik gambar untuk tumbesaran)


Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata "Kolagen ni kasi awet muda wehh". Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.

Siapa yang Patut Makan dan Guna Produk Kolagen?
Pelajar (Perempuan dan lelaki)
- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa.
Artis / celebrity
- Semua manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik.
Mangsa kebakaran
- Kolagen amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.
Lelaki dan Wanita yang nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.
Perempuan yang baru lepas bersalin
- Make sure your husband tak lari selepas dah dapat anak pertama. Hihi.
Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Replace the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.
Orang yang mempunyai masalah tidur
- Collagen bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90 minutes.
Orang yang mudah sakit
- Improve the metabolism

And, collagen ni juga bagus untuk tumbesaran bayi. Dan jangan lupa, Collagen juga boleh didapati dengan banyak dalam baby. So, memang ada collagen yang di ambil dari bahagian badan baby yang dibunuh (digugurkan). So, untuk precaution, sila dapatkan kolagen yang asli ya. Ala-ala raw lagi dia punya kolagen. Anda mesti tak nak guna kolagen dari mayat baby kan? Eh.





******************************************************************************













KOMPOSIS PEMAKANAN EUCHEUMA COTTONII
Oleh:
P. Matanjun, S. Mohamed, K. Muhammad & N. M. Mustapha
(University Sains Malaysia, Sabah, University Putra Malaysia, Serdang)
  • Serat Pemakanan
  • Karbohidrat
  • Protein
  • Asid Lemak
  • Garam Elektrolit
  • Garam Mikro
  • Vitamin B Kompleks, A, C, D dll
SERAT PEMAKANAN - 25.05%
a) Serat Larut - 18.25% - Agar, Carrageenan, Sulfated Xylans dll.
b) Serat Tidak Larut - 6.80% - Cellouse, Mannans.

Faedah & Aplikasi:
Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras kolesterol dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung . Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik bagi mencegah gejala metabolisma gula, amat berkesan untukmencegah Diabetes. Manakala kesan Serat Tidak Larut lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman.
SERAT PEJAL - 5.91%
Seperti kanji Floridean, Iso-Floridoside, Sorbitol.````````

Faedah & Aplikasi:
Sorbitol dirujuk sebagai pemanis pemakanan kerana ia memberi tenaga 2.6 kilokalori (11kilojoules /gram). Ia juga bertindak untuk menarik air ke dalam usus besar bagi merangsang pergerakan usus serta pembuangan sisa pepejal. Amat berguna bagi pembersihan usus , khususnya untuk mencegah perut buncit dan obesiti.
Pakar perubatan menganggap perut buncit sebagai sarang penyakit! Semua penyakit bermula dari PERUT. Jika tembolok dilayan dengan sepenuhnya, PERUT yang besarnya hanya sebesar PENUMBUK, TIDAK MAMPU MENJALANKAN TUGAS DENGAN SEMPURNA, akibatnya, MAKANAN TIDAK PERNAH CERNA SEPENUHNYA, MALAH AKAN TERPERAP, MEREPUT DAN MEMBUSUK! Hasilnya SEMBELIT, NAFAS BERBAU, PELUH BERBAU DAN dalam jangka masa panjang wujudlah pelbagai penyakit kronik seperti Diabetes, Obesiti, dan kemuncaknya - BARAH!


*********************************************************

 Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol
 

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rumpai laut memiliki banyak kegunaan untuk dijadikan pelbagai jenis produk. Salah satu daripada kegunaan utamanya adalah sebagai makanan kerana ia dikatakan kaya dengan zat, vitamin dan mineral. Malah di negara Jepun, rumpai laut telah menjadi sebahagian daripada pemakanan penting masyarakat di negara tersebut selama berkurun lamanya.

Ðikenali juga sebagai seaweed atau sea vegetables oleh masyarakat Barat, rumpai laut boleh dijumpai hidup dalam air laut masin dan juga tasik air tawar. Rumpai laut tergolong dalam kumpulan alga. Terdapat beribu jenis rumpai laut yang dikelaskan melalui kategori warna iaitu sama ada coklat, merah atau hijau. Setiap satunya adalah unik, dan memiliki rasa dan tekstur yang berbeza.

Rumpai laut juga turut dituai untuk pengekstrakan alginate, agar dan carrageenan, bahan gelatin yang dikenali sebagai hydrocolloid atau phycocolloids. Hydrocolloid berguna sebagai penambah rasa makanan. Agar pula digunakan dalam pembuatan kek, produk susu dan makanan yang dibentuk. Sementara carrageenan digunakan sebagai kuah dan sos salad, makanan dietitik dan pengawet produk daging dan ikan, tenusu dan makanan dibakar.

Jenis-jenis rumpai laut yang terkenal dari Jepun adalah seperti nori, hijiki, wakame, arame, kombu dan dulse. Nori berwarna ungu-kehitaman yang akan bertukar kepada warna hijau apabila dibakar dan amat popular digunakan dalam membuat sushi.


nori



hijiki



wakame



ogonori



kelp

Kelp pula memiliki warna coklat terang dan warna hijau gelap dan boleh didapati dalam bentuk emping. Ia juga popular sebagai suplemen kesihatan. Hijiki berbentuk seperti juraian kecil pasta keras dan mempunyai rasa yang kuat.


kombu

Kombu berwarna hitam dan didapati dalam bentuk kepingan dan sering kali digunakan sebagai bahan perasa sup. Wakame hampir sama seperti Kombu dan biasanya digunakan untuk membuat sup Jepun yang dikenali sebagai sup miso. Arame berbentuk seperti renda dan keras serta mempunyai rasa manis. Ðulse berwarna merah-kecoklatan dan bertekstur kenyal.


arame ~ dikatakan mampu meningkatkan libido ~


dulse

Rumpai laut tetap memiliki khasiat walaupun diambil dalam bentuk kering, bakar atau ekstrak. Rumpai laut kering ringan sedikit dan mudah untuk disimpan dan dibungkus. Rumpai laut bakar adalah bahan yang digunakan untuk membuat sushi.



aonori ditabur atas okonomiyaki (japanese pancake)


onigiri (nasi kepal dibalut rumpai laut kering)

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan 'hot flushes' yang berlaku pada wanita menopaus.

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diberikan oleh rumpai laut, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu lagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.


No comments:

Post a Comment